Monday, January 14, 2013

Selagi Ada Harapan

Harapan hanya tinggal harapan. Kita sering dengar orang kata, jangan terlalu mengharap, kalau kita terlalu mengharap kita tidak akan dapat. Namun jika Tuhan berikanku 1% harapan untuk hidup aku akan berusaha untuk terus hidup. Namun jangan sesekali kau berikanku harapan. Walaupun 1% harapan untuk CINTA ini, aku akan berusaha untuk menyuburkannnya.

Janganlah kita mencintai seseorang itu kerana kita benar-benar mencintainya, kerana cinta itu boleh hilang sekelip mata. Dan juga janganlah mencintai seseorang itu kerana harta, pangkat, kemewahan, rupa paras dan kecantikan. Semuanya tidak akan bertahan lama. Cintailah seseorang itu kerana Allah.

Hadis Baginda SAW yang berbunyi :
maksudnya : " Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah olehmu orang-orang yang mempunyai agama nescaya kamu akan berbahagia " (Muttafaq A'laih : Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment